Wednesday, March 23, 2011

ulasan jurnal

Anak tidak mendengar kata, terlalu asyik dengan aktivitinya, tidak boleh duduk diam dalam semua situasi sama ada di tadika, di klinik, di kedai, di rumah, di taman permainan mahupun di mana jua, serta tidak memberikan sepenuh perhatian kepada sesuatu aktiviti yang dilakukan merupakan satu penyakit yang di namakan sebagai ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ (ADHD).
            Kanak-kanak yang bermasalah ADHD boleh dibahagikan kepada tiga kelakuan. Kelakuan-kelakuan tersebut adalah kekurangan tumpuan dalam memberikan perhatian, terlalu mengikut dorongan hati serta berkelakuan terlalu aktif. Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini hanya akan beransur pulih pada usia 8-9 tahun walaupun kebanyakkan ibu bapa menegaskan bahawa masalah yang di hadapi oleh anak mereka mula di kesan pada usia yang lebih muda. Daripada 10%, terdapat 8% kanak-kanak 3- 5 tahun di kesan mempunyai masalah ADHD. Golongan kanak-kanak lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.
            Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya hyperaktif dalam kalangan kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut adalah terdiri daripada faktor kebakaan, lemas ketika proses kelahiran, serta tekanan perasaan yang di alami oleh si ibu ketika hamil. ADHD tidak boleh di rawat, namun ADHD boleh di kawal dengan beberapa cara. Antara langkah-langkah yang terlibat adalah ibu bapa dan orang sekeliling. Peranan ibu bapa dan orang sekililing amat penting bagi mengawal masalah ini. Mereka tidak boleh cepat menengking kanak-kanak ADHD. Hal ini kerana, dengan menengkin kanak-kanak tersebut, kanak-kanak itu akan berasa tercabar dan ini akan menjadikan mereka bertindak lebih aktif.
            Rawatan ADHD juga dikatakan akan lebih membaik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Rawatan susulan yang sistematik sangat membantu kanak-kanak untuk kembali normal seperti kanak-kanak yang lain. Selain itu, memastikan kanak-kanak ADHD ini tidur yang lena dan mencukupi juga terbukti dapat membantu dalam mengurangkan simptom-simptom ADHD ini.
            Tambahan pula, para ibu bapa mahupun orang-orang di sekeliling kanak-kanak ADHD haruslah memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ini. Juka mereka memalukan sesuatu yang tidak elok, maka ibu bapa serta orang di sekeliling kanak-kanak tersebut haruslah menasihatakan mereka agar tidak melakukan lagi perbuatan yang tidak elok. Namun, jika kanak-kanak tersebut membuat sesuatu kebaikan, maka ahli keluarga dan orang sekeliling haruslah memberikan pujian kepada mereka.
            Di samping itu, pemakanan yang di berikan kepada kanak-kanak turut membantu dalam mengurangkan masalah ADHD pada kanak-kanak. Hal ini kerana pemakanan yang betul dan berkualiti bukan sahaja memberikan tenaga kepada kanak-kanak, tetapi ia juga penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pemakanan kanak-kanak yang seimbang haruslah mengandungi kalsium, asid lemak tepu, zat besi, vitamin B, zink, glukos, zat besi, asid folik serta vitamin A.
            Secara konklusinya, dengan bantuan yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa, guru-guru, para doktor serta masyarakat sekeliling, kanak-kanak yang bermasalah ADHD ini mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Secara tidak langsung mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka kepada suasana yang lebih sesuai seperti dalam latihan fizikal mahupun senaman.

No comments:

Post a Comment