Wednesday, March 23, 2011

ulasan jurnal

Anak tidak mendengar kata, terlalu asyik dengan aktivitinya, tidak boleh duduk diam dalam semua situasi sama ada di tadika, di klinik, di kedai, di rumah, di taman permainan mahupun di mana jua, serta tidak memberikan sepenuh perhatian kepada sesuatu aktiviti yang dilakukan merupakan satu penyakit yang di namakan sebagai ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ (ADHD).
            Kanak-kanak yang bermasalah ADHD boleh dibahagikan kepada tiga kelakuan. Kelakuan-kelakuan tersebut adalah kekurangan tumpuan dalam memberikan perhatian, terlalu mengikut dorongan hati serta berkelakuan terlalu aktif. Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini hanya akan beransur pulih pada usia 8-9 tahun walaupun kebanyakkan ibu bapa menegaskan bahawa masalah yang di hadapi oleh anak mereka mula di kesan pada usia yang lebih muda. Daripada 10%, terdapat 8% kanak-kanak 3- 5 tahun di kesan mempunyai masalah ADHD. Golongan kanak-kanak lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.
            Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya hyperaktif dalam kalangan kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut adalah terdiri daripada faktor kebakaan, lemas ketika proses kelahiran, serta tekanan perasaan yang di alami oleh si ibu ketika hamil. ADHD tidak boleh di rawat, namun ADHD boleh di kawal dengan beberapa cara. Antara langkah-langkah yang terlibat adalah ibu bapa dan orang sekeliling. Peranan ibu bapa dan orang sekililing amat penting bagi mengawal masalah ini. Mereka tidak boleh cepat menengking kanak-kanak ADHD. Hal ini kerana, dengan menengkin kanak-kanak tersebut, kanak-kanak itu akan berasa tercabar dan ini akan menjadikan mereka bertindak lebih aktif.
            Rawatan ADHD juga dikatakan akan lebih membaik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Rawatan susulan yang sistematik sangat membantu kanak-kanak untuk kembali normal seperti kanak-kanak yang lain. Selain itu, memastikan kanak-kanak ADHD ini tidur yang lena dan mencukupi juga terbukti dapat membantu dalam mengurangkan simptom-simptom ADHD ini.
            Tambahan pula, para ibu bapa mahupun orang-orang di sekeliling kanak-kanak ADHD haruslah memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ini. Juka mereka memalukan sesuatu yang tidak elok, maka ibu bapa serta orang di sekeliling kanak-kanak tersebut haruslah menasihatakan mereka agar tidak melakukan lagi perbuatan yang tidak elok. Namun, jika kanak-kanak tersebut membuat sesuatu kebaikan, maka ahli keluarga dan orang sekeliling haruslah memberikan pujian kepada mereka.
            Di samping itu, pemakanan yang di berikan kepada kanak-kanak turut membantu dalam mengurangkan masalah ADHD pada kanak-kanak. Hal ini kerana pemakanan yang betul dan berkualiti bukan sahaja memberikan tenaga kepada kanak-kanak, tetapi ia juga penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pemakanan kanak-kanak yang seimbang haruslah mengandungi kalsium, asid lemak tepu, zat besi, vitamin B, zink, glukos, zat besi, asid folik serta vitamin A.
            Secara konklusinya, dengan bantuan yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa, guru-guru, para doktor serta masyarakat sekeliling, kanak-kanak yang bermasalah ADHD ini mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Secara tidak langsung mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka kepada suasana yang lebih sesuai seperti dalam latihan fizikal mahupun senaman.

artikel Hiperaktif: Masalah Kanak-Kanak ADHD dan Kepentingan Permakanan. (Bahagian 3)

Disumbang oleh Xubuntu
Wednesday, 02 July 2008
Terakhir dikemaskini Saturday, 02 August 2008


Hafiz tidak memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran, malah, sikap kurang memberi
tumpuan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kerana terlalu aktif atau hiperaktif begitu
terserlah pada dirinya. Tingkah laku seumpama itu sudah tentu menimbulkan kebimbangan
kepada anda. Apakah keadaan itu normal dan anda hanya perlu berpeluk tubuh melihat tingkah
laku Hafiz itu?
Apakah keadaan yang dialami oleh Hafiz dan bagaimana pula cara mengatasinya?
Pakar Kanak-kanak di sebuah klinik swasta di ibu negara, Dr Abdul Halim Abdul Jalil, berkata
keadaan dialami kanakkanak itu dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD). Beliau berkata, kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD
dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan
berkelakuan terlalu aktif.
1. Kekurangan tumpuan perhatian.
Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang
lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanakkanak
yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya
dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
2. Mengikut dorongan hati
Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat
berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana
dia tidak mengikut arahan.
3. Berkelakuan terlalu aktif.
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam
dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong
sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD
berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan
anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak
menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan
pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak
prasekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada
peringkat permulaan.
Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia
lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan
menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan
kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih
apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanakkanak
bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan
fizikal.Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti
meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella. Faktor
kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika
proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses
kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah
dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumahmahupun di pejabat ketika
proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam
jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekali gus mendedahkan anak
dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika
menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan
berkeadaan sempurna.
Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?
Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanakkanak
terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta
berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat
sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka.
Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran
keranamereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu
juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari
atau mengenali keadaan berbahaya.
Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?
Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam
keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk
menghadapi masalah seumpama itu. Lazimnya, pemeriksaan urat saraf di kalangan
sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak
menunjukkan sebarang gangguan. Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami
kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian
kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi.
Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan
urat saraf atau tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak menunjukkan
tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka
berbuat baik, jangan lupa memuji.
Kepentingan permakanan yang betul.
Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan
diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa
tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan.
Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara -
mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku
hiperaktif, tenaga berkurangan dan penyakit.
1. Kalsium
Adalah penting untuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku semasa remaja.
Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai
jisim tulang matang di peringkat dewasa dan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di lewat
usia.
2. Asid lemak tepu.
Wujud dalam susu ibu, ikan, walnat, biji flaks dan sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu
untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang betul. Kekurangannya boleh
menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit.
3. Zat Besi.
Diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim badan
tanpa lemak, isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.
4. Vitamin B.
Adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam
pembelajaran dan bagi member tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa
aktif.
5. Zink.
Adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan dan
mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh. Pada dasarnya,
diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan kanakkanak
yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh selera
yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak
perlukan semua bantuan yang boleh didapati untuk membesar dengan kuat dan sihat. Diet
adalah keperluan penting anak-anak. Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan
mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutriennutrien berikut
memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak.
Zink adalah bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah
penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan
kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kacang tanah, germa gandum,
bijiran penuh dan biji labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.
6. Glukos.
Otak seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh
menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif.
Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai
markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakanrakan
sekelas yang mendapat makanan yang baik.
7. Zat Besi.
Anemia kekurangan zat besi adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif
terhadap paras zat besi yang rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya.
Zat besi memainkan dua peranan penting : ia mengangkut oksigen dalam darah dan
mengangkut oksigen itu di dalam sel-sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia
mempunyai tempoh perhatian yang berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam
tugas yang mencabar intelektual. Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk
sarapan. Masukkan daging merah, tuna atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Hidangkan banyak sayuran berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang.
8. Asid Folik.
Asid folik adalah penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih.
Seorang pelajar yang kekurangan asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli,
perengus dan pelupa. Buah-buahan dan sayursayuran mentah, terutamanya jus oren dan
bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.
9. Vitamin-vitamin B.
Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan dalam
vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan
perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu sumber
makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian adalah
penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang bagus.
10. Vitamin A.
Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam janin yang sedang
membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk fungsi otak yang
optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam buah-buahan
berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua.

Saturday, February 26, 2011

bZ...Bzzzzzz

bz yg tramat sgt.. nk kne ulas jrnal r,,edit modul ag..adoiiiii....
ble r dpt blik umah nie...huhu..

Monday, February 21, 2011

today is the day

yahuuuuuuuuuuu! da de blog! noa nyer blog hodoh! aku punye cantek!